semasa cuti pertengahan penggal lepas, ak bersama kak yati, kak saha n nida telah selamat menjejakkan kaki ke negri sabah. terdapat pengalaman menarik sepanjang kami berada di sana. di sana kami menginap di hotel impiana mutiara kg ayer, lokasinya strategic berdekatan dengan central point dan juga jln sisurun dan kadar hotelnya pn berpatutan semalam hanya RM70 sahaja almaklumlah kami pergi pn bukan membawa bnyak duit.hari pertama kami pergi membeli belah di pasar philipin, sepanjang shoping disana mata ku agak bercelaru terlampau bnyak mutiara dan kristal.atas nasihat ibu ku ak tidak la telampau bebelanja di sana, ak hanya bebelanja barang2 yang telah dipesan sahaja. setelah selesai berbelanja kami pulang ke hotel.
selain terkenal dengan mutiara sabah juga terkenal dengan makanan seafood yng murah. pada malam hari kami ingin mencuba makanan laut, kami makan di pasar mlam sekitar pasar philipn. ternyata apa yang diperkatakan benar ikan kerapu sebesar lebih kurang 30cm hnyalah RM20 sahaja, memang lumayan kami makan pada malam tersebut. apabila balik kami singgah di pasar malam kg ayer, pasar malam tersebut dibuka setiap malam sama seperti pasar malam di jalan sensurun. sama seperti di pasar philipin di kg ayer juga terdapat bnyak mutiara dan kristal sehingga rambang mata kami untuk memilihnya.
keesokan hari kami bangun agak lambat yelah semalam kami kepenatan berbelanja. lebih kurang jam 10 kami keluar menuju ke jeselton point, dalam perjalanan kami singah di tamu gaya. kami tidak berbelanja besar di sana kerana selepas itu kami ingin ke taman tengku abdul rahman. setelah selesai membeli beberapa t-shirt kami menuju semula ke jeselton point dengan menaiki teksi, tambangnya adalah RM10 akan tetapi sekiranya menaiki bas tambang hanyalah RM0.80 sahaja. sampai disana kami pun mencari pakej yang sesuai kami memilih untuk pergi ke 2 pulau sahaja iaitu pulau manukan dan memutik sahaja. kosnya pun tidak terlampau mahal:
bot untuk dua pulau = RM37
peralatan snokling = RM15
duty bagi 2 pulau = RM3
destinasi pertama kami adalah kepulau memutik. dari jauh kami sungguh tertarik dengan pemandangannya dan airnya yang jernih. akan tetapi malang bagi kami ketika sampai di sana baru kami tahu bahawa ketika itu adalah musim jellyfish. so agak bahaya bagi kami untuk berenang di sana. disana kami hanya mengambil gambar dan berjemur sahaja. selepas 2 jam bot mengambil kami dan menghantar ke pulau manukan pula. allhamdulillah di sana tidak seperti di memutik. air di manukan lebih jernih dan terdapat banyak spesis ikan dan semasa snookling di sana kami juga menjumpai gamat. seronok rasanya kerana ini murapakan kali pertama kami menjumpai gamat yang masih hidup al maklumlah selama ni lihat yang telah dikeringkan sajakn. kami di sana sehingga jam 5.
setibanya di jeselton point kami menaiki teksi untuk pulang ke hotel, kami berkenalan dengan pakcik teksi dan beliau menawarkan untuk membawa kami ke national park, kundasang dan poring dengan bayaran hanya RM250.mendengar tawaran yang begitu berbaloi kami setuju, senyum sampai ketelinga la kami hehehehe...
malamnya kami mkn di kedai mamak sahaja tak larat nk berjalan lagi. akan tetapi apabila melihat pasar malam penat jadi hilang plak. kami singgah lagi ke pasar malam kg ayer dan pasar sinsurun, kalu diingatkan balik sepanjang kami di sana setiap malam memang kami berada di pasar malam kg ayer. yang menariknya sehinggakan terdpt juga peniaga2 disana sudah mengenali kami almaklumlah setiap malam kami kesana kan hehehehe...