Rabu, 2 Jun 2010

Adam Lambert What Do You Want From Me FULL MV

Lagu ni best giler xtau la kena atau x dalam hidup ak skrg... tp yang pasti setiap kali mendengar lagu ini hati pasti terkenangkannya.. just don't give up I'm workin it out Please don't give in, I won't let you down It messed me up... Need a second to breathe Just keep coming around Hey, whataya want from me

Ahad, 18 April 2010

Kau Pergi Kerana Suka - Alif Satar (OIAM)

lagu yang menusuk kalbu...setiapkali ku dengar hati ku berbisik kesedihan dimana kau berada sekarang sayang...

Wali Band - Puaskah

Sabtu, 17 April 2010

KAU PERGI KERANA SUKA

Kau kata akulah segalanya,
Yang menyinar mekar di hatimu,
Kau berjanji akulah satu-satunya,
Yang abadi hingga ke akhirnya...
Kau genggam erat tanganku,
Kau sambut cinta suciku,
Kau hias indah hidupku,
Kau beriku bahagia...
Kau pergi dariku,
Sendiri tanpamu,
Mana janji-janjimu,
Untuk setia denganku...
Hatiku terluka,
Dibuai rindu padamu,
Manakah setia yang kau ucap dulu,
Maafkanku jika salahku...
Hulur tanganmu sambut cintaku,
Aku tak sanggup sendiri...
Kembali kasih dalam hidupku,
Cintaku tulus sejati...
Kau pergi dariku,
Sendiri tanpamu,
Mana janji-janjimu,
Untuk berdua denganku...
Hatiku terluka,
Dibuai rindu padamu,
Manakah setia yang kau ucap dulu,
Cintamu bukan untukku...
lagu khas buat insan yang pernah bertapak dihati ini...

Jumaat, 2 April 2010

journey to sabah part 2

pada hari ke3 kami bertolak pula kew national park...sepanjang pejalanan kami singgah di pekan nabalu di sana saja kami sudah melihat puncak gunung kinabalu..subhanallh sungguh cantik pemandangan. sempat juga la kami mangambil gambar dari menara tersebut...selepas mengambil gambar kami pn meneruskan perjalanan sambil di ikuti oleh pemandangan gunung kinabalu yang kami rs kan semakin hampir dengan kami. dipertengahan jalan kami berhenti lagi untuk mengambil gambar pemandangan yg sungguh cantik berlatar belakangkan pemandangan gunung kinabalu.akan tetapi tatkala melihat air terjun yang semakin surut airnya hati ku terdetik teruknya kemarau yang melanda sabah ni. dr kisah yang diberitahu rupanya sudah 2 bln hujan xmenyimbahi bumi kota kinabalu... kami meneruskan lagi perjalanan kami ke national park..wah jalan untuk menuju ke pondok timpohon sungguh mencabar,kalu lah ak yang memandu tentu mengundur semula hehehehe...sampai di pondok timpohon kami mengambil gambar lagi sambil menikmati pemandangan yang memukau mata dalam suasana dingin. setelah penat kami bergerak pula ke kundasang, disana kami singgah di kundasang war mamorial park. dahulunye suasana disitu dinggin tetapi kali ini ia telah menjadi panas, mungkin disebabkan projek2 pembinaan yang pesat membangun di daerah ditambah dengan musim kemarau yang melanda. setelah itu kami pergi pula ke poring hot spring...wah best tul tempat tu...akan tetapi rugi betul ak xbawak baju kalu x tentu dh mandi dh..wahhhhh rugi sgt2...ape lagi boleh dibuat hanya merendam kaki jew la kat air panas tu...puas berendam kaki kami pn mula kan perjalanan untuk menaiki conapy walk...penat gak la seblum sampai jambatan gantung tu...dr atas jambatan hati terdetik "mak ai tingginya...kalu jatuh ni org jumpe x ak ek" perasaan gayat mula terasa tp nk xnk kene jalan jugak..ak biarkan kwn2 ku berjalan dulu al maklum lah kalu jalan belakang org xnampak muka ak yang cuak ni hehehehehe...bile sampai jew ke penghujung rs mcm nk cium2 jew tanah. setelah turun dr conapy walk kami rendam kaki semula hehehehe wat ilang penat.lebih kurang pukul 17.30 kami bertolak pulang kew kota kinabalu...

Rabu, 31 Mac 2010

journey to sabah part 1

permandangan senja di jesselton point
batu karang dan ikan di pulau manukan
bergambar di pulau memutik
menunggu boat di jesselton point
semasa cuti pertengahan penggal lepas, ak bersama kak yati, kak saha n nida telah selamat menjejakkan kaki ke negri sabah. terdapat pengalaman menarik sepanjang kami berada di sana. di sana kami menginap di hotel impiana mutiara kg ayer, lokasinya strategic berdekatan dengan central point dan juga jln sisurun dan kadar hotelnya pn berpatutan semalam hanya RM70 sahaja almaklumlah kami pergi pn bukan membawa bnyak duit.hari pertama kami pergi membeli belah di pasar philipin, sepanjang shoping disana mata ku agak bercelaru terlampau bnyak mutiara dan kristal.atas nasihat ibu ku ak tidak la telampau bebelanja di sana, ak hanya bebelanja barang2 yang telah dipesan sahaja. setelah selesai berbelanja kami pulang ke hotel.
selain terkenal dengan mutiara sabah juga terkenal dengan makanan seafood yng murah. pada malam hari kami ingin mencuba makanan laut, kami makan di pasar mlam sekitar pasar philipn. ternyata apa yang diperkatakan benar ikan kerapu sebesar lebih kurang 30cm hnyalah RM20 sahaja, memang lumayan kami makan pada malam tersebut. apabila balik kami singgah di pasar malam kg ayer, pasar malam tersebut dibuka setiap malam sama seperti pasar malam di jalan sensurun. sama seperti di pasar philipin di kg ayer juga terdapat bnyak mutiara dan kristal sehingga rambang mata kami untuk memilihnya.
keesokan hari kami bangun agak lambat yelah semalam kami kepenatan berbelanja. lebih kurang jam 10 kami keluar menuju ke jeselton point, dalam perjalanan kami singah di tamu gaya. kami tidak berbelanja besar di sana kerana selepas itu kami ingin ke taman tengku abdul rahman. setelah selesai membeli beberapa t-shirt kami menuju semula ke jeselton point dengan menaiki teksi, tambangnya adalah RM10 akan tetapi sekiranya menaiki bas tambang hanyalah RM0.80 sahaja. sampai disana kami pun mencari pakej yang sesuai kami memilih untuk pergi ke 2 pulau sahaja iaitu pulau manukan dan memutik sahaja. kosnya pun tidak terlampau mahal:
bot untuk dua pulau = RM37
peralatan snokling = RM15
duty bagi 2 pulau = RM3
destinasi pertama kami adalah kepulau memutik. dari jauh kami sungguh tertarik dengan pemandangannya dan airnya yang jernih. akan tetapi malang bagi kami ketika sampai di sana baru kami tahu bahawa ketika itu adalah musim jellyfish. so agak bahaya bagi kami untuk berenang di sana. disana kami hanya mengambil gambar dan berjemur sahaja. selepas 2 jam bot mengambil kami dan menghantar ke pulau manukan pula. allhamdulillah di sana tidak seperti di memutik. air di manukan lebih jernih dan terdapat banyak spesis ikan dan semasa snookling di sana kami juga menjumpai gamat. seronok rasanya kerana ini murapakan kali pertama kami menjumpai gamat yang masih hidup al maklumlah selama ni lihat yang telah dikeringkan sajakn. kami di sana sehingga jam 5.
setibanya di jeselton point kami menaiki teksi untuk pulang ke hotel, kami berkenalan dengan pakcik teksi dan beliau menawarkan untuk membawa kami ke national park, kundasang dan poring dengan bayaran hanya RM250.mendengar tawaran yang begitu berbaloi kami setuju, senyum sampai ketelinga la kami hehehehe...
malamnya kami mkn di kedai mamak sahaja tak larat nk berjalan lagi. akan tetapi apabila melihat pasar malam penat jadi hilang plak. kami singgah lagi ke pasar malam kg ayer dan pasar sinsurun, kalu diingatkan balik sepanjang kami di sana setiap malam memang kami berada di pasar malam kg ayer. yang menariknya sehinggakan terdpt juga peniaga2 disana sudah mengenali kami almaklumlah setiap malam kami kesana kan hehehehe...

Selasa, 30 Mac 2010

Kejohanan mssd

29 march 2010 bermula la kejohanan mssd peringkat daerah bp...kulit ak baru la nk putih tapi xsempat nak putih makin hitam la pulak...tugas ak senang aje amik peserta di sekolah kemudiaan tunggu dan hantar semula diaorg pulang. kerja senang tapi badan tetap hitam jugak. sepanjang kejohanan itu terlampau bnyak kontravasi yang berlaku akan tetapi ia tidak menghalang bagi peserta2 dr sekolah ku dari mencapai kejayaan.pada hari pertama sahaja satu emas dan satu gangsa sudah berjaya di rangkul. kejayaan ini telah melepasi sasaran dan memperbaiki pencapaian team pada tahun lepas. kepada semua peserta sy ucapkan selamat berjuang dan kepada semua rakan sejawat semoga kita berjaya menjalankan dan menyelesaikan segala tugas kita dengan baik dan cemerlang...

Ahad, 28 Mac 2010

happy bday mum.

hari ini merupakan hari lahir mama ak...
pagi2 lagi ak dh bangun...selepas ak hantar bard menaiki bus d muar..
ak mengorak langkah mencari kedai kek d sana...
wah ssh jugak nk cari kedai kek d muar pepagi ni...jln nyer plak jem...
plik tul hari ahad pn blh jem...
setelah penat memusing satu bandar muar ak temui satu kedai kek. pabila masuk saje ak tpegun wah bnyak nyer kek, mn satu ak nk pilih ni. pada awalnya ak ingin memilih icecream cake akan tetapi atas nasihat tukang kedai tu ak memilih choc mousse.
tepat jam 9 mlm kami adik beradik pn berkumpul d rumah mama kami, nk wat suprise la katekan.
ketika ak sampai disana mama sedang leka menonton tv bersama babah ku.sedang mama leka menonton tv, secara tiba2 siaran betukar kepada tayangan video yang dibuat khas oleh adik ku afuat. mama kelihatan agak terkejut dan terase sebak. setelah habis tayangan video tersebut ak bersama adik ku pn masuk membawa kek sambil menyanyikan lagu HAPPY BIRTHDAY khas buat mama...
perasaan sebak mama tidak dapat dkawal lagi hinggakan ia mengalirkan air mata...
buat mama kami adik beradik ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 48...
KAMI SAYANG MAMA........